Tuesday 16 September 2014

Melangkah Alam Baru.

Assalamualaikum.

Hey awk! kita dah masuk uni dah. haha. kau dah kenapa excited gila. aku memang happy sangat tuhan jer tahu. aku dapat uni tempat yang aku nak iaitu Shah Alam. sekarang dah minggu ketiga aku di Uitm Shah Alam. terasa dalam mimpi bila aku dapat sini. hanya tuhan je tahu macam mana hampir 3 tahun aku simpan impian tu. sebab aku nak dekat dengan abang aku.

Aku taknak dapat belajar di Kelantan. bukan lupa diri. tapi aku suka berjalan ke serata. melihat negeri orang. kata orang tak kan la nak selalu di takuk lama je kan. kita mesti lah keluar daripada kelompok yang dah sedia ade. mana tahu nanti dapat life yang lagi ok kan. lagipun aku tak suka duduk bawah ketiak parents. aku suka berdikari tapi dalam masa yang sama aku perlukan jugak orang yang rapat dekat dengan aku. so cara terbaik adalah dok Shah Alam.

Abah happy la kan. impian dia nak tengok aku masuk matrik tercapai. nak tengok aku masuk uni tercapai. tapi sebenarnya aku tahu dia kecewa sebab aku tak dapat bidang yang lagi hebat. bidang sains ke hape kan. aku dapat jugak kos Pengurusan Hartanah. aku tahu riak muka kecewa dia. hm maaf abah :( tapi dia bukan nak tengok sangat aku masuk uni tapi dia sebenarnya nak tengok aku grad dengan ijazah kelas pertama. yaAllah makin berat rasanya nak capai. cukuplah sekali tu aku dah kecewakan orang yang paling aku sayang. takut ulangi lagi.

Kalau aku senyum dalam gambar memang akan nampak
plastik sangat. sebab tu mals senyum

Aku tak tahu macam mana aku boleh pilih kos tu sedangkan aku tak tahu ape sebenarnya bidang tu, tak tahu sama ada aku minat ke tak. tak tahu. tangan aku dan instinct aku yang gerakkan semua tu. rupanya mungkin masin mulut ibu kot. sebab ma selalu sebut pasal bidang ni untuk aku. aku dah bersyukur dengan semua ni dan aku rasa perancangan Dia terbaik sangat. aku akan cuba untuk jatuh cinta nanti.

Tiba-tiba aku teringat masa minggu kedua kat UiTM ni. bila lect tanya kenapa pilih kos ni. majoriti jawab sebab nak kaya. sebab nak income yang banyak. dan aku tak tahu pulak bidang ni boleh buat kita jadi macam tu kan. apa apapun semua itu dengan izinnya. InshaaAllah.For your info, ni kos pilihan ke-7 aku. 1st choice aku pilih engineering. tapi sumpah aku tak minat fizik tapi aku tak tahu nak pilih ape sebab kat matrik aku ambik Sains Fizik.

Kalau nak dikira minat. aku suka bisnes and fashion. tapi tu kan sampingan. tentangan hebat dari abah terpaksa jugak aku ikut walaupun aku akui ape yang abah cakap betul. tapi Allah tu Maha Mengetahui ape yang terbaik. Aku tak dapat kos tu. mungkin jugak aku kurang bijak or kurang bernasib baik. tapi aku syukur sangat sebab banyak hikmahnya. yang pasti sebab aku tak kan mampu bawak kos tu sebab sikit pun aku tak minat fizik.

Ni gambar masa raya. walaupun dah nak raya balik tapi tak kira!
nak upload jugak. haha

Alhamdulillah. aku dah rasa sangat bersyukur dengan perancangan yang indah ni. semoga Allah redhai perjalanan aku sepanjang berjihad ni :)

Tuesday 5 August 2014

Bosan.

Assalamualaikum.

Yello tawannn! Hmm...lamanya xupdate belog kita kan. Rindu sangat tapi apakan daya. Dah malas nak on lappy. Lappy pun berhabuk. Sama jugak dengan blog kita ni. Ni pun try update guna henpon. First time la ni. Saje je sebab sumpah bosan sangat dok rumah. Lambat lagi nak sambung study.

Kadang-kadang tu rasa takut jugak. Takut tetiba tak dapat mana-mana tawaran. Mintak dijauhkn. InshaaAllah. Rezeki Allah ade dimana2 (ni kata-kata penyejuk hati oleh orang sekeliling aku). Bila dah cuti lama ni nak start studi balik mesti jadi malas and liat. Hmm...macam ni la aku ni.

Ni pun bosan sangat sebab hidup sebelum ni yang aktif tetiba kau kena senyap tanpa buat ape-ape. Hanya menternak lemak yang sedia ada. Sumpah bosan woo. Arghh! Sebenarnya manusia memang macam ni kan. Semua benda tak sempurna. Muahahahaha. Kusedar itu. Kihkih. Ok! Nak tidur! Selamat malam kesayangan ♥