Thursday, 19 April 2012

Pengorbanan Seorang Abang.

SALAM.
Di pagi yang dingin lagi sunyi ditemani angin sepoi sepoi tak reti bahasa ni. Aku terasa teringin lak nk updated blog. Terasa teringin jari jari ni menari di atas keyboard tuk coretkan sesuatu. Even blog ni takde reader sekalipun tapi siyes aku memang suke meluahkan sebab kat sini aku masih tiada kawan yang boleh jadi tempat tuk aku meluahkan segalanye. Just ade permata hatiku sorang nim jer. Hencik blog. 

Aku just nak kongsikan rase simpati aku kat abang aku. Rase bangga aku sebab mempunyai abang yang baik dan bertanggungjawab. Rase kasih aku pada mereka melebihi segalanye. Seperti yang dah tahu aku dok sini ngan abang. Datang sini semata-mata nak cari rezeki dan mengisi masa sebelum dapat sambung study. Kadang kadang rasa sedih bila jauh ngan parents. Sepanjang aku hidup. Jujur aku cakap. Aku tak pernah berpisah ngan parents selama ni. Paling lama pun masa aku pergi kem kebangsaan iaitu 6 hari. Nak kira manje. Ntahlaa. Tapi aku antara orang yang dalam dunia yang suka majok. And antara kakak dalam dunia yang selalu adik kena mengalah dan pujuk aku. Rindu parents ngan adik. Time jari jari ni meniti atas keyboard. Air mata ni setia menemani saat ni. Wahai air mata... Kau sungguh lemah. Sampai sanggup membiarkan ia jatuh. But sumpah aku rindu family aku di kampung. Bertambah kesedihan ni bila fon aku rosak. Tak dengar bila aku bercakap ngan orang even terkeluar anak tekak sekalipun. Ya ALLAH. Rindu parents ngan adik. ENGKAU bahagiakanlah hidup mereka. Janganlah sikit pun mereka merindui aku. 
Abah and mom. Terasa nak kawin balik. :D

Di hari pernikahan abang sulung aku. Aku tinggal dengan dia at Klang.



Aku nak cakap sal sedih sangat bila hidup terpaksa bergantung ngan orang a.k.a lebih tepat lagi menyusahkan orang. Aku rasa bila aku dok klang ni aku dah susahkan abang aku. Bila aku kerja hari hari dia kena hantar aku. Kena ambik aku balik kerja. Sedangkan dia takde rehat yang cukup. Sedangkan dia ade banyak lagi komitmen lain. Nak handle kerja dia kat hospital lagi. Sebagai husband lagi. Aku kesian kat abang aku bila aku terpaksa bergantung dengan dia mase nak pergi kerja. Bayangkanlah dia baru jer balik kerja tak sempat nak rehat. Dah kena hantar aku. Malam masuk kerja balik. Abang aku memang workholic. Tambah tambah bila sekarang HTAR tu tak cukup staff. Thats why lar aku boleh bangga ngan hidup dia sekarang. Memang patut laa lau tengok daripada dia kerja. 

Hari tu nak menitis air mata ni bila terpaksa kejutkan abang aku yang baru balik kerja tertidur atas sofa semata mata nak suruh dia hantar aku pergi keje. Tapi aku terpaksa. Bila aku kejutkan dia. Dia duduk kt sofa tu boleh lagi dia tertidur balik. Nak cakap betapa penatnye dia. Aku kesian sangat tapi apakan daya adikmu ni. Aku pernah suarakan nak pergi kerja sendiri ngan motor tapi dia tak bagi sebab jalan klang bahaya. Kata abang aku yang polis tu. Klang lar tempat yang banyak jenayah berlaku. That why abang aku tak bagi aku pergi sendiri. Dengan aku yang belum ade lesen lagi. Hari tu aku dah lewat nak pergi kerja disebabkan aku tak sampai hati nak kejutkan abang aku. Aku berdiri jer depan pintu bilik dia. Nak ketuk pintu tak sampai hati. Bila aku dok depan pintu dia an. Aku dengar abang aku berdengkur. Makin bertambah rasa kesian aku sebab aku tahu bila abang aku tidur berdengkur. Tu bermakna dia terlalu penat sebab dia memang jarang berdengkur. Tapi disebabkan aku dah memang betul betul lewat. Nak ketuk pintu tak sampai hati. Aku call jer abang aku cakap nak pergi kerja. But 5 minit aku tunggu dia tak keluar bilik pun. Dia tertidur balik. Kesian abang aku. Letih sampai camtu sekali. 

Then, aku keluar rumah senyap senyap. Bila da atas motor aku text dia cakap aku pergi kerja sendiri. Sebab aku tak nak bila dia bace mesej tu and aku masih ade kat umah. Mesti dia yang nak hantar dan tak bagi aku pergi sendiri. Aku tahu sangat perangai abang aku. Even dia letih macam mana pun tetap nak hantar aku. Bayangkan laa aku pergi kerja tak pernah naik motor sorang sorang. Ni kali ke2. Masa 1st tu takpe lar sebab aku follow belakang naim. Sekarang aku kena pergi sendiri. Masuk parking mall tu pun aku dah pening plus takde lesen lagi. Tapi aku niat ALLAH akan tolong aku. Aku kuatkan jugak. Sebab niat aku jugak kesiankan abang aku. Bila dah sampai aku inform balik kat abang aku tak bagi dia risau. And now, da 4 hari aku pergi kerja ngan motor. Abang aku masih risau tapi disebabkan aku balik petang. So, dia bagi kebenaran even dalam terpaksa sebab aku tahu dia pun tak cukup masa nak hantar aku. Sampai aku pernah ponteng kerja sebab takde orang hantar. Abang aku ade emergency case kat hospital. Hari ni pun aku pergi ngan motor sebab pagi nanti baru abang aku balik kerja. Tapi mata ni tak mengantuk. Teringat nak buat entry sal abang aku.

Dulu aku selalu mengeluh bila kawan kawan aku cerita sal kakak diorang. Sebab aku rase best ade kakak. Nanti diorang boleh kongsi macam macam. lau baju kakak tak nak pakai boleh bagi kat diorang. Aku selalu fikir macam tu tapi sekarang tak lagi. Sumpah aku bahagia ade 4 orang abang. Aku dah tahu ohsemnya hidup ade abang cam abang aku sekarang. Abang aku semua bertanggungjawab. Abang aku yang ke3 tak bagi aku kerja tapi disebabkan kegigihan aku memujuk seperti aku pujuk abah aku. Akhirnya aku dapat kerja sebab aku cakap tak nak susahkan diorang nanti bila aku nak sambung belajar. At least duit gaji aku boleh aku beli baju and laptop. Tapi dia cakap esok esok lau aku belajar dia tanggung laa aku. Dia beli la laptop tuk aku. Tak payah nak kerja. Kat klang bahaya. Tapi aku nak jugak. So, dia terpaksa akur. Masa aku nak balik ambik result, dia hantar aku kat stesen bas. Dia sanggup datang jauh semata mata nak ambik aku even dia baru balik kerja. Dia hantar aku dan hulurkan lagi duit kat aku. Dah la tiket bas pun duit dia. Aku terharu sangat sebab abang sulung aku dah bagi duit. Dia berkeras jugak bagi duit dia. Naik jer atas bas. Keluar lagi air mata ni. Sumpah aku terharu. Terharu ade abang abang yang penyayang. Care sal aku. Alhamdulillah. Aku kat sini tak terikut dengan cara hidup orang sini sebab ketegasan abang aku. Even kadang kadang rase terkongkong tapi aku bahagia sebab abang aku dah tunjukkan perhatian dia kat aku. Betul betul nak yang terbaik untuk aku. Aku memang sensitif bab bab family. Sebab alhamdulillah. Aku masih seorang yang lebih pentingkan family daripada segalanye. Aku sayang korang abang. Korang baik untuk aku. Terima kasih bagi anugerah terindah ni. Aku bahagia.
Ni family aku. Sorang abang aku tade. Abang ke4.
Janganlah pecahkan keluarga aku. Aku teramat sayang keluarga aku. Masih aku ingat lagi. Asal abang aku balik kampung. Dia mesti akan check buku sekolah aku. Tanya sal exam aku. Sal pembelajaran aku. Masih ingat lagi abang sulung aku yang beli baju sekolah and peralatan sekolah tuk aku dan adik. Masih ingat lagi abang ke3 aku bagi duit beratus tuk aku jelaskan yuran aku untuk memudahkan aku belajar masa SPM. And masa tu aku orang yang teawal jelaskan yuran selain safwan. Masih ingat lagi disaat aku takut nak ambik result tapi abang aku bagi kekuatan. Aku tanya adakah dia marah lau aku dapat teruk tapi dia bagi jawapan yang menenangkan aku. Dia suruh aku redha ngan ape yang ALLAH bagi. Orang yang gagal sekarang tak bermakna akan gagal selamanya and sebaliknya. Abang aku kekuatan aku. Family aku kekuatan aku. Terima kasih sebab jadikan aku orang yang lebih sayangkan family. Terima kasih sebab sampai sekarang dalam hati aku masih tak bertakhta mane mane boy. Tak perlu la aku bahagi bahagikan cinta aku ni buat masa sekarang. Terima kasih sebab tawarkan hati aku tuk insan bernama LELAKI. Even hati ni meronta ronta nak dicintai dan mencintai tapi bagai ade sesuatu yang melarang untuk aku jatuh cinta. Terima kasih untuk ni Ya ALLAH. Bukalah pintu hati ni disaat betul betul aku harus mencintai dan dicintai.

No comments:

Post a Comment