Saturday, 21 July 2012

MATRIK??? Ok ker?

Rase cam terlebih rajin lak bila selalu updated blog. Ok. Never mine. Menulis memang hobi aku. Tambah-tambah pasal diri sendiri. Hewhew.. *nada menggediks* kali ni aku nak cerita pasal matrik lagi. Lagi lagi matrik. Before jejakkan kaki kat matrik ni macam macam orang cakap. Matrik tu matrik ni. Ntahla. Aku pun tak tahu betul ke tak kan. Atas pendapat masing masing. Ni antara ayat yang aku terima.

Ayat orang kampung
  • “ Matrik tu susah. Kalau pointer rendah terus kena tendang.”
  • “Matrik belajar kena cepat. Orang pandai pun banyak kena tendang.”
  •  “Eh! Kawan aku kan dia pandai. Speaking pun pandai tapi bila pergi matrik,pointer dia just 2 point something jer. Memang lar keluar matrik orang solute tapi kau ingat senang ker? Nanti kena tendang macam mana?"

Ayat Family Aku

  • ·   “Kak pergi jela matrik. Kenapa nak dengar cakap orang? Orang yang bercakap tu tak pernah rase pun tapi pandai pandai buat kesimpulan. Kita pergi dulu and rasai sendiri. Kalau betul betul tak boleh, kita fikirlah cara lain.”
  • ·    “Jangan dengar cakap orang. Pergi jer. ALLAH dah tentukan ni rezeki terbaik kau. Bila dah kat sane kau mesti akan belajar betul betul punye bila tengok semua orang study. Kalau kau betul betul tak boleh. Kitorang tak kisah. Mungkin rezeki kau setakat tu jer. Yang penting kau kena usaha.”

Mase 1st time naik ferry. BEST!!!

Ayat Crew MCD

  • ·   “sha jangan dengar cakap orang. Kadang kadang orang jeles ngan kita. Sha pergi je matrik tu. Sepupu akak pergi matrik jugak tapi ok jer. Matrik bagus untuk sha”
  • ·    “Adik, jangan dengar cakap orang. Orang tak tahu ape ape. Semua ni atas diri masing masing. Adik pergi dulu dan rasai dulu. Jangan terus buat kesimpulan. Kadang kadang cakap orang tuh ntah betul ker tidak.
  • ·   “Kau dah nak pergi matrik eak? Ok,belajar elok elok. Kau takut ker dok sane sorang sorang. Nantiaku teman kau. Aku masuk matrik jugak ea? Tapi kau tak payah la pegi matrik. Kau keje jer MCD ni. Nanti dah tade orang.”  *bhahaha..ayat cam tak oleh blah jer . Rindu Abang Vasu yang terlalu baik.*

Akhirnye aku ikut cakap family. Sayangss..jangan dengar cakap orang taw. Dengar la cakap family kita. Famili buat pilihan semua tuk kebaikan kita. Aku memang percaya keputusan family adalah yang tepat coz my family is everything for me. Sekarang aku dapat rasai sendiri kat matrik ni tak seteruk yang aku sangkakan. Best! Tapi memang akui la cam susah sikit. Banyak sangat formula yang nak kena ingat. Cam pening jer. Tapi aku harap semangat dalam diri aku takkan pernah luntur.

Hari ni start puasa. Aku harap puasa tahun ni lebih bermakna even tak boleh berbukak ngan family selama sebulan cam dulu dulu. Sekarang dah dok jauh. Teringin nak bukak puasa ramai ramai. Tape laa,nanti 10hb dah boleh balik Kelantan. Horay! Opsss!!! Xleh riang ria sangat. Terlupa sudah before balik kampung ade UPS. Huh! Takut…. Papepun SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua umat Islam.


Lafaz niat untuk sebulan :
niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.






No comments:

Post a Comment