Wednesday 4 June 2014

Product Review : Revlon Colorstay vs Farmasi High Performance

Assalamualaikum 

Hai. hari ni aku nak buat foundation review. sebelum ni aku tak suka sangat pakai foundation sebab aku pernah try pakai yang Maybelline punya. tapi tak best sebab my skin jadi cepat kering bila apply foundation. lepas tu rasa macam berat sangat. macam pakai bedak berkilo-kilo. so aku stop pakai foundation. tapi hari tu aku dapat sample untuk farmasi punya foundation. aku try pakai pergi kelas. lepas tu rasa ok dan selesa. ringan je. dapat tutup cela sebab kawan aku tegur muka nampak cantik dan berseri je.

FARMASI HIGH PERFORMANCE FOUNDATION
Aku pakai no5 : Soft Beige

aku survey pasal foundation ni. terjumpa blog akak Mya Zulkifli. review pasal Farmasi High Performance foundation. akak mya pun pakai Farmasi. aku whatsapp dia tanya elok ke tak. dia cakap ok je. terus aku beli kat HiShop. harga RM60.90. mahal untuk student macam aku tapi tetap nak jugak. sebab dah jatuh cinta dengan Farmasi. ni foundation first yang buat aku puas hati sangat.

yang best pasal foundation ni sebab full coverage. aku suka sangat. bila pakai ni dah rasa yakin nak berhadapan dengan orang. tak rasa takut pun make up bercapuk ke ape. selalunya bila pakai ape-ape atau aku pakai compact powder je. aku akan rasa tak yakin takut make up jadi bercapuk bila berpeluh. tapi bila pakai foundation ni tak perlu takut lagi. ni adalah antara foundation paling best yang pernah aku pakai. thank to Farmasi sebab keluarkan produk yang sangat berkualiti :)

Gambar guna Farmasi Foundation yang sangat superb!
ini pun guna Farmasi Foundation. best sangat.
ini la akak Mya Zulkifli yang aku ceritakan tu. sape tak kenal dia.
dia makeup artist. aku jumpa semalam dekat Jusco Bukit Tinggi.
dia memang cantik sangat. malu titew berdiri tepi dia tau :(
REVLON COLORSTAY FOUNDATION
aku pakai 180 SAND BEIGE

Revlon Colorstay the famous one. Revlon ni terlalu ramai orang bercakap dalam tenet. semua review bagus-bagus. terutama daripada review omputih. aku jadi makin tertarik untuk cuba. tambah-tambah bila kawan aku cakap best sangat pakai foundation ni. aku try search memang feedback semua ok. memang hati ni nak sangat beli. tak mampu tahan walaupun dah cukup selesa dengan Farmasi tapi biasalah. perasaan ingin tahu tu kuat. aku grab satu dengan harga RM56.90 (kalau tak silap aku) nanti korang boleh cari dekat Watsons yang berdekatan. lagi murah daripada Farmasi. foundation ni pun best sangat. buat kulit moist dan ringan macam kau tak pakai ape-ape walaupun kau pakai bedak tebal bapak. kadang-kadang aku pakai foundation ni je bila nak keluar. malas nak pakai compact powder. memang ok sangat dengan kulit. tersangat suka. thanks to Revlon Colorstay. memang antara the best foundation :)

with Revlon Colorstay. kulit nampak moist sangat. tanpa compact powder.


with Revlon Colorstay and compact powder. tetap sama.
tambah-tambah kalau berpeluh make up jadi tambah cantik :)
COMPARISON
Aku suka dua-dua. both of foundation dah jadi koleksi make up kesayangan aku. setakat ini Farmasi and Revlon Colorstay dah jadi first ranking foundation. aku tak jumpa lagi yang boleh lawan dua ni antara foundation yang pernah aku try. tapi ramai orang cakap bau Revlon Colorstay tak berapa ok tapi bagi aku. aku suka dan tak menjadi masalah dari segi bau. cuma yang tak best sebab takde penutup yang memudahkan kita untuk tuang. nanti mudah tumpah. Farmasi kita picit je. 

Atas : Revlon Colorstay (suka sebab tone yang ngam dengan kulit aku)
Bawah : Farmasi High Performance.

tapi tu tak penting sangat yang penting kualiti kandungan both of foundation. kedua-duanya ringan kat muka. tak rasa tebal. tapi tone untuk Farmasi punya foundation darker than Revlon Colorstay. aku dah pilih paling cerah tapi susah sangat nak combine antara tone colour. tambah-tambah tengok dalam internet. tanpa try kat tangan. aku tak tahu Farmasi ni kedai dia kat mana. aku tak pernah jumpa. hanya tahu beli online je. btw, both of that are my favourite foundation. kesayangan aku. kadang-kadang tu combine both of foundation then apply kat muka. hihi. 

P/S : Aku dengar lagi satu foundation yang superb datang daripada Estee Lauder. aku tak mampu beli sebab harga 3 kali ganda daripada Farmasi and Revlon. bankrap aku ;( nanti kalu ada ape-ape foundation or tentang make up yang best-best silalah kongsi dengan tinggalkan jejak anda. Thank you pretty :) 

18 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian...menarik!

    ReplyDelete
  2. Brand farmasinada d jual di parkson pavillion

    ReplyDelete
  3. Salam..produk revlon nie da jual online x..
    sy dah cari di perlis tp xde la..

    ReplyDelete
  4. best2..will try..thanks for the review

    ReplyDelete
  5. Boleh bli jer kt online guardian or watson...

    ReplyDelete
  6. Boleh bli jer kt online guardian or watson...

    ReplyDelete
  7. macam mana awak pilih kod warna foundation ya.. saya takut salah pilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Test foundation dekat area rahang bawah pipi :)

      Delete
    2. Test foundation dekat area rahang bawah pipi :)

      Delete
  8. Salam, boleh beli online dengan kami untuk dapatkan semua product Farmasi (FCC) original. Berkualiti, murah dan HALAL. terimakasih ye

    ReplyDelete
  9. Salam, boleh beli online dengan kami untuk dapatkan semua product Farmasi (FCC) original. Berkualiti, murah dan HALAL. terimakasih ye

    ReplyDelete
  10. Salam wah dik thans for your information! ok akak nak trylah revlon tu...emm pernah cuba Studio Fix MAC ok jgk emm tapi mahallah kan akak beli and pakai time majlis2 tertentu aje hihi

    ReplyDelete
  11. Soft beige is no. 6 not no. 5 :/ Please check!

    ReplyDelete