Gambar aku sebagai permulaan. Hehe. |
Hye uolss!!!
Emm, malam ni aku kena tinggal sorang-sorang kat umah. Memang bosan sangat. Tengah tengok Mr.Bean. Abang aku pegi kerja,kakak ipar pulak ade perlawanan bowling. Siyes, aku rase macam nak kerja sepanjang hari kalau asyik kena tinggal macam ni. Tak best langsung. Tapi nak buat camne kan,tuntutan kerja memaksa diorang tinggalkan aku. Sobsob ;( Kerja siyes tak letih langsung. Before masuk kerja aku takut sangat sebab kawan-kawan aku yang kerja kat mcD cakap letih,tak padan ngan gaji lar and bla...bla...bla... Buktinya lau letih confirm aku dah tak keluar masa balik kerja pergi pasar malam. Pastu aku dengan gigihnye basuh jamban yang aku reti guna jer tapi tak pernah reti nak basuh. Itu pun kakak ipar aku dah tolong beruskan sikit-sikit. Memang dia baik sesangat. Sayang kak Ratna ketat metat. Hehe..
Then, aku terbongkang depan tb tu sebab nak tengok gusti kat astro. Tu pun aku baru pekena ayam goreng celup tepung yang 5ringgit setengah tu. Aku memang peminat gusti tahap beruang kutub.FYI,aku memang pernah bercita-cita nak ade bf yang macam dalam gusti tu...sebab body dia...fulamak... Kalah king kong,berketul-ketul plak. Pastu sasa...emmm, lau ade orang nak kacau aku mesti tak berani punye. Nak pandang pom belum tentu berani. At least dia boleh lindungi aku. Haa! Ade berani kaa?Thehehe. :D But tu semua impian tak berape nak tercapai aku,dah berkubur dan berbatu nisan pom. OMG! Adakah aku tulis entri ni semata-mata nak bercerita tentang badan berketul-ketul atau aku rajin cuci jamban? Oh no dear. Ni lar susahnye kalau dilahirkan banyak bercakap,maka banyaklah jugak idea untuk melencong ke arah lain.
Emm,semalam merupakan 1st day aku kerja. 1st day bro! Ape celop? *hahaha..tetiba jek aku..ntah ape-ape lar engkau nim SK* Hasrul yang kejutkan aku padahal boleh sangat kunci jam, saje je ngade-ngade nak menyusahkan orang. Bangun pagi tengok abang aku tercongak depan tb,maunye terkejut beruk aku. Hmm,beruk jela terkejut tapi aku tak. Haha. Lewat pulak abang aku pergi kerja,biasanye,belum lagi aku bukak mata seluas-luasnye,dia da lesap. At least cakap lar kat aku cam gini "Adikku yang cantik lagi manis,abang nak pergi kerja dulu yer". Haa! cam gitu lar,kan sedap bunyinye tu.Haha. *girl paling perasan di abad ini yeww* Tetiba abang aku suruh bersiap cepat-cepat. Aik? tak pukul 9 pagi pun lagi. Aku masuk kerja pukul 10pagi. Ape abang aku ni dah tak reti nak tengok jam ker atau mata dia tengah juling masa tengah tengok jam? Hmm,yang tu kena tanya abang aku. Disebabkan aku ni adik yang baik, aku turuti jer pe cakap dia.Bayangkan r aku bersiap tak sampai 15minit... Aku pegi kerja pakai seluar yang konyok-konyok cam tak iron seabad gamaknya. Dengan muka yang entah ape-ape.. Aku tempek bedak gitu-gitu jer. Kasut aku pakai bodo-bodo jer. Nak pegang tu lagi,ni lagi. Abang aku memang suka dera aku. *tp dia baik,lau tak dia da tak anta aku kerja*
Bayangkan aku naik moto ngan skarf tudung ke depan mau tertutup mata-mata. Helmet yang longgar,besar gedabak. Lau muto tu terjun lubang sikit jer,mesti akan jadi senget helmet aku. Mata pom dah tak bape nak nampak. Siyes ni *bersama muka innocent untuk meraih simpati*. Aku antara orang yang tak suke and tak pandai pakai helmet. Menci! Menci kaw helmet!! stoking pulak aku pakai yang belang-belang sejibik spesies nyamuk aedes. Lau nyamuk aedes ade kat situ,mesti akan tertukar aku ngan nyamuk aedes. Tapi cantik aku sikit ngan nyamuk aedes. *perasan untuk kali yang ke seratuspatpulohribu* Abang aku naik muto laju. *padahal standard jer* aku takut bila dia menyelit kat celah-celah kete yang banyak tu. Sampai jer abang aku bagi 5hinggit kat aku. Aku tak kisah sangat pun.*padahal dalam hati cakap 'eleyh,5ya jah'. Memang r dasar tak bersyukur aku ni. Haha.*
Mase 1st time aku masuk, semua pekerja baik giler. Yang penting tak sombong. Tanya tu tanya ni. Mesra and ramah like me lar. Hehe. Best sesangat. Siyes best. Kerja pun jadi tak letih. Aku dah cuba hafal nama-nama pekerja kat situ. Da ingat pun. mula mula aku kerja bahagian lobi dulu. Macam kemas meja bagi clear semua. Fadhli yang ajar aku. Dia baik,lembut lak tu layan aku. Tapi suka usik aku. Mentang-mentang lar aku orang baru,sedap jer nak buli aku. Ade ker patot dia buat-buat tersasul panggil aku sayang. Lepas tu siap tanya aku ok tak sambil kenyit-kenyitkan mata. Sakit mata agaknye si Fadhli tu. Tu baru sorang. Yang sorang lagi pulak budak kelantan. nampak jer muka aku terus tanya aku tinggal kat mane. Nak tanya tu jer aku tak kisah. Ni siap tanye dah berpunya ker,pastu bila aku jawab tak. Terus jer cakap kat aku cam gini 'pahtu,sha xse cari gewe ko?' Haha. Lucu betul.
Bila ade pekerja laki tegur aku and kitorang tengah berbual,dia sedap sedap jer pergi menyibuk and cakap kat boy tu yang aku ni awek dia. Gila betul. Siap panggil baby lagi. Haha. Mungkin macam tu agaknya cara diorang sambut orang baru. Cakap I love U lagi kat aku. Kesian lar sape yang jadi makwe dia. Tapi,siyes aku cakap dia memang hensem. But kehenseman jugak tak cukup k. Bak kata SK lar. Tapi aku enjoy dengan kerja.
Indian pun ade. Nama dia Letchimy. Siyes aku tak paham ape dia cakap. Mase dia cakap ngan aku an, dalam hati dah cakap camni 'eh,natang ape dia cakap tu? Aku tak faham betul. Shuba Vaishanavi kawan aku tu tak cakap seteruk ni'. Macam tu lar dalam fikiran aku mase mula-mula letchimy cakap ngan aku. Bayangkan lar betapa susahnya dia nak cakap melayu sampai setiap perkataan yang dia mahu keluarkan boleh buat nafas aku semput. Tapi dia baik ok. Even aku tak berapa paham ape dia cakap. Customer pulak macam-macam. Ade yang sombong,yang baik hati tolong ringankan kerja aku and yang pemurah dengan senyuman.
Ade sorang customer tu. Dia suruh aku berhenti kerja,ikut dia balik. Haha. pelik betul. Tapi semua tu buat kerja aku hepi. Letih pun jadi tak terasa. Tapi aku sedih bila orang makan lepas tu makanan banyak yang tak habis. Aku terpaksa buang camtu jer. Aku jadi terfikir macam mana lar orang yang susah yang tak dapat merasa semua ni. Kita kat sini enak aja buangnya sih. Waduh,.bikin bazir aja.*Aura indon dah datang.hahaha*
But today,aku pergi kerja ngan hepi sebab aku dah siap make up and pakai baju leklok. Jadi macam berkeyakinan lar sikit berbanding semalam. Aku pun dah tak rase malu-malu kucing lagi. Boleh lar aku bercakap banyak balik. Hehe. Hari ni pekerja lain pulak. Penim aku nak hafal nama,last last aku maen bedal jar. Haha. Teruk kan? Tapi aku memang penim,semalam pekerja lain,hari ni lain pulak.. Dahla dalam kuantiti yang sama. Mana lar aku sempat ingat. Nak ingat kerja lagi. Hmm,nasib kau lar SK. Hari ni customer mengada-ngada yang sorang tu. Aku tengah buat kerja boleh pulak dia dok main main panggil nama aku. Aku tengok dia. Dia sengeh sejibik macam kerang busuk. Aku dok buat kerja dia panggil pulak. Benci betul. Macam-macam orang ni. Yang pekerja laki sorang tu semalam aku pergi kerja sikit pun dia tak tegur aku,senyum pun tak. Hari ni boleh pulak dia bergurau ngan aku. Aku rase lucu je.
Petang tadi aku kena pergi suntik kat klinik. Ala ape tu orang panggil. Tak silap aku typoid kot. Aku tak bape ingat lar sebab aku tak berapa nak fokus masa bace nama tu. Dalam kepala hotak ni asyik ingat sakit,sakit and sakit. Lagipun ni 1st time aku kerja. Tambah-tambah kerja kat makanan. Kena lar suntik. Mase aku masuk bilik doctor,siyes aku memang berdebar giler sebab dah lama tak kena suntik. Tapi aku buat buat berani dengan bercakap banyak sebab aku kan peramah tahap cipun an.
Aku : Doctor,sakit tak? Saya takut lar.
Doctor : Sakit. Sakit sangat.
Aku : Hah??? Betul ker doctor? Saya tak nak suntik lar..plesss doctor..saya takutt..
*siap merayu lagi*
Doctor : Lau awak tak nak suntik awak boleh balik.
*dalam hati aku sedang berkira-kira nak suntik ker tak nak. Lau tak nak nanti kena marah kat manager aku pulak. Akhirnya aku nak jugak*
Aku : okla doctor. Saya nak. Doctor suntik lar saya. Sakit tak doctor? *soalan yang ke seratusribukali aku tanya. Maunye nak kena lempang ngan doktor tu jer aku ni*
Doctor : Sape cakap tak sakit? Sakit lar. Sakit sangat.
Aku : Ya Allah!! Doc,letak ubat banyak sikit yer. Pless doc..
Doctor : Ala,ubat ni biasa jer. Bukan ape ape pun.
Aku : Okla. Saya takut ni... *dengan muka ketakutan*
*doctor tu pgang bahu aku*
*time tu aku takut sangat sangat*
*siyes aku memang takut,tak tahu kenapa padahal sebelum ni rilex jer*
bila doctor da siap suntik
Aku : Eleyh,macam ni jer rase? Saya ingat sakit sangat sangat macam yang doc cakap. Tak pun.Da siap eak?
Doctor : Belum lagi lar. Ade satu jarum lagi.
Aku : Hah? Kenapa macam tu pulak? Ala doc satu dah la.. *tiba tiba jer aku rase sakit*
*doctor tu sedang lap darah kat bahu aku. Disebabkan tetiba jer rase sakit*
Aku : Sakit lar doc. Sakit sangat ni
Doctor : Sakit yer.
* Doctor tu pegang tangan aku. Terkejut monyet aku. Mungkin tu cara nak hilangkan kesakitan aku kot. Haha* Terus aku senyap tak terkata. Betul lar. Pandai doctor tu buat sakit aku hilang. Aku tabik spring lar. Hehe :D
Aku : Doctor tahu tak? Dulu saya pernah bercita-cita nak jadi doctor. Tapi saya rase tak mampu sebab saya rase saya tak cukup bijak. * awal awal lagi aku mengalah*
Doctor : Yeke? Ala,awak bijak jugak lar.
Aku : Memang saya bijak tapi saya tak cukup bijak untuk jadi doctor.
*aku mengalah jgk dah doctor tu cakap aku bijak. Nanti tak pasal pasal bertumbuk pulak kang lau aku tak mengalah. Harap jer engkau ensem wahai doktor*
Doktor : Biasa jela.
Aku : Yela,ape apepun doc memang otak power lar. Ok,terima kasih doc. Bye bye.
* tengok!!! Aku cakap babai lagi. Selamba aku jer tapi nak buat macam mane aku memang macam ni kan*
*Aku cakap luar weiii. Hahaha*
*siyes betul,aku tak reka pom semua dialog tu*
*Aku geram ngan doctor tu sebab dia tipu aku 2 kali*
Okla ,ngantok aku. Esok kerja pukul 11 tapi aku kena pergi awal sebab nak bukak akaun maybank. Babai. Jumpe lagi di lain entry. :))
"As soon go kindle fire with snow, as seek to quench the fire of love with words"
No comments:
Post a Comment