Assalamualaikum
Hye baby...
Hari ni aku off tapi aku nak kerja. Dah cakap kat manager. Nanti lau tak cukup orang baru aku boleh masuk kerja. Tapi dari tadi tunggu manager tak call pom lagi Bermakna aku boleh laa rest hari ni. Tapi sumpah bosan. Jangan la manager call suruh closing. OMG!!! Aku tak nak beb! kena balik lewat malam. xbeshhhhh. Dear, aku ade good news laa. Best kan lau orang tahu kewujudan kita. Maksud aku macam dia hargai kita. Hari selasa hari tu bila aku masuk keje. Aku dikejutkan ngan berita yang buat aku hepi. Kak bieha manager aku yang comels tu habaq kt aku ade customer yang hantar emel pasal aku *kak bieha bercakap ngan muka serius and dahi berkerut*
Bila aku dengar jer terus berdegup laju jantung aku ni. Sebab aku takut sangat customer mengadu teruk teruk pasal aku sebab muka kak bieha tak menggambarkan berita hepi pun. Siyes aku takut. Mati la aku macam ni sampai ade customer hantar emel kat McD. Mesti semua orang tahu pangai teruk aku. Tu yang aku fikirkan and takut sangat. Dah lar aku staff baru lepas tu dah buat hal sampai customer ngadu macam macam. But dear, tu just ilusi mengarut aku jer. Emel tu sebenarnya menaikkan nama aku. Giler rite? Boleh lagi aku fikir mengarut. Tapi memang aku takut. Berdebar pun tak hilang masa buat keje tu sampai semua yang aku pegang habis jatuh. Sebab aku dah fikir lau aku ada prob ngan customer sampai pihak atasan. Mati aku. Dah la aku dok ngan abang aku. Tegas lak tuh. Nanti dia basuh aku habis habisan. Macam macam dalam kepala hotak nie.
Nah!!! Korang baca lar sendiri emailnya.
Ong Chye Sun (mailto:ongcs@mmstcsb.com)
Sent : sunday,feb 26, 2012 3:17pm
To : just tell us
Subject : Just Tell Us
Restaurant : Aeon Bukit Tinggi
Feedback : Would like to bring your attention to one particular staff in your outlet name Ck.Sharwati. During my family's visit on two occasion on 25th & 26th Feb 2012, Sharwati has delivered a genuine "Service With a Smile". She gives good eye contact and a lovely smile to every customer she encounters. We could feel her charisma and passion for her work. We hope with our feedback,it will help in her career advancement in Mc D and hope many will follow her good example.
Sumpah aku rase terharu sebab semalam pengurus McD print and tampal kat bilik staff sebagai contoh. And pengurus McD jugak suruh aku kemas bilik dia. Kak Lielie cakap aku bertuah sebab dapat kemas bilik manager coz aku orang ke2 yang kemas. Orang 1st Kak Lielie tapi mase tu dia kemas ngan manager and now aku kemas sorang sorang. Bermakna aku orang 1st yang duduk sorang sorang and kemas bilik tu. Kau ingat senang ker. Nanti lau hilang apa apa maklumat ker, duit ker, aku yang tanggung. Bermakna pengurus McD percayakan aku. Bangga rasa tambah tambah bila dapat tahu orang yang hantar emel sal aku tu merupakan Tuan Pengarah beb. Rasa bangga bila seorang Pengarah sanggup naikkan nama aku dengan membazirkan masa dia yang bernilai tu untuk menghantar emel kat McD sal orang biasa macam aku. But dia eja nama aku tersalah sikit. Dia tulis Sharawati. Tapi aku dah betulkan. Emel tu dah lama tapi lambat sampai kt McD JJ ni. Sebab tu aku baru tahu. Thanks God. Lopx u all. Muahhhhhh!!! <3
P/S : Semalam aku nangis kat McD atas sebab sebab tertentu. Aku memang murah dengan air mata. Sesape nak beli boleh laa. Hehe :)
"My days of sadness are a thing of the past
Because I have found true love at last"
No comments:
Post a Comment