Hello guys!
Ni sambungan petua hari tu.
![]() |
| Last jamuan kat SMK Wakaf Bharu. Before jejakkan kaki kat matrik. :) |
SARUNG KAKI
Untuk mengelakkan berbau busuk
pada sarung kaki dan kasut yang dipakai sepanjang hari, gunakan kapur barus.
Sebelum menggunakan kasut, taburkan sedikit kapu barus ke dalam kasut.
MERDUKAN SUARA
Ambil segelas air kelapa dan
diembunkan semalaman. Pagi esoknya hendaklah air kelapa tersebut diminum
lakukan sebanyak 2 kali sehari dan suara anda akan lembut dan merdu.
ELAK KEPUTIHAN
Rebuskan 10helai daun sirih
dengan 4 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan airnya tinggal setengah
sahaja. Setelah ditapis, minum sesuku gelas airnya. Air yang lebih itu direbus
semula dan tambahkan sedikit air lagi. Gunakan air yang direbus itu untuk
berendam selama 10 minit.
BAU BADAN
Kencur boleh digunakan untuk
menghilangkan bau badan. Ambil 3 potong kencur dan campurkan dengan segenggam
daun betik dan daun bluntas. Campurkan sedikit garam dan air limau nipis.
Perahkan air itu dan saringkan. Ambil airnya dan minum segelas setiap pagi dan
petang.
BERAS PULUT
Disamping guna untuk hilangkan
panau,dijadikan ubat jerawat juga. Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga
warnanya perang. Haluskan beras pulut tersebut dan campurkan dengan minyak masak.
Sapukan pada muka berjerawat sebelum tidur secara teratur.
Entri kali ni pendek
Malas nak menaip.
K. Assalamualaikum. :)

No comments:
Post a Comment