Sayang… siapakah yang melahirkan kamu? siapakah yang memberi makan pada kamu? siapakah yang sanggup bersusah payah demimu? Umm… Tiba-tiba rase nak tulis entry about my parents. If siapa-siapa yang dah kehilangan parents, banyakkan bersabar. Banyakkan sedekah al-Fatihah. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ALLAH swt lebih sayangkan mereka. Bersyukurlah sayang… sebab ALLAH swt masih bagi kamu peluang menjalani hidup ni. Bersyukurlah kerana ALLAH masih bagi kamu kesempatan untuk kamu menyedekahkan amalan baikmu untuk kedua ibubapamu. Tiba-tiba rase sebak sangat hati ni. Aku tak boleh bayangkan if hidup aku ini tanpa parents disisi. Parents berjauhan pun rase macam huh! Ni kan pulak kalau parents dah takde. Ya ALLAH… Panjangkan umur abah and mom aku. AMIN =)
![]() |
Dihari perkahwinan my parents. |
![]() |
My mum mase muda-muda. |
Entry ni mungkinkah bercerita pasal cinta? Pasal kenakalan? Pasal kecomelan perangai abah aku? Or pasal aku yang dah kemaruk nak kahwin? Oh! Yang tu tak mungkinlah kan sebab aku masih muda baru 8 tahun. Eh! 8 or 18 tahun? Hewhew. Sorry! Silap pulak sebab hari ini rase macam diri comel jer. Sebab tu la sampai tersasul cakap umur 8 tahun. Padahal dah tua pun kau tu SK! 18 dah pun. Dah besar gedebok pun. Kalah dengan bapak gajah. Opps! Isu sensitive jangan diutarakan yer. Well, I know yang I dah gemok, jalan godek-godek tapi still kiut la. Still comel. Oh abah! Oh mom! Kenapa anakmu terlalu perasan?
![]() |
Mom bersama abang-abang aku masa kecik beliau. |
![]() |
Baju yang mom pakai tu aku boleh pakai sampai sekarang. :) Abang aku yang bulat gotey. :P |
![]() |
Ni abah kita mase dia jadi tentera. |
Psst! Awak nak tahu benda tak? Awak nak tahu tak macam mana abah kita ngorat mak kita? Malu la kita nak bagitahu awak. Hikhik (gelak tutup mulut sambil kerdipkan mata ala-ala mickey mouse). Tapi kita nak gitahu jugak! Ape? Awak nanak tahu? Umm… tak kira! Kita tetap nak cakap gak! (membentak kaki) Ceritanya macam ni… Dulu datuk kita garang taw. Kalau kat kampung semua orang takut sebab tahu datuk kita garang sangat. Orang nak ngorat mak kita pun tak berani.Masa tu mak kita anak tunggal. Walaupun semua orang tak berani ngan datuk kita tapi abah kita tak. Dia berani. Dia guna taktik comel nak ngorat kita. Eh! Silap! Nak ngorat mak kita la.
Dia pergi rumah datuk kita cakap nak beli tanah. Bukan main la discuss pasal tanah tu. Padahal tu taktik dia nak ngorat mak kita. Hikhik. Comel jer kan abah kita tu. Nakal! Lastly, dia ngaku yang dia nak melamar mak kita. Dia suka mak kita. Mak kita pun setuju jugak. Gatal jer mak kita kan. Hehe. Last-last, tanah tak dapat tapi anak tuan tanah pulak yang abah kita rembat. Hehe. Bijak betul abah. Tapi kan, mujur mereka kahwin, kalau tak mesti dah takde kita yang comel ni kan? Hikhik. Jangan puji lebih-lebih. Kita malu la. Nak muntah lettuw. Nah! Ambik besen neh! Haha.
![]() |
Mom dengan abah. :) |
Abah… Mom… Thanks sebab bagi kehidupan sempurna untuk kak. Kak sayang korang. Korang semangat kak. Tunjang kekuatan kak. Korang penghibur dikala lara kak. Korang pemberi dikala kak memerlukan. Pokoknya, korang lah segala-galanya. Sayang pipi sikit. Mmmuaahhh!!! Opss! Sorry! Terlekat lipstick merah kak. Lipstick tu kak curi dalam almari mom. Hewhew.Sorry! Siapa suruh letak merata-rata sangat.
Sayang reader…
Hargai ibubapamu sebagaimana mereka menghargaimu ketika kamu dilahirkan sehingga hari ini.
Sayang… ingatlah, sudah terlambat hendak dikesalkan bila kedua ibubapamu pergi meninggalkanmu.
Sayang…ingatkah kamu siapa yang lahirkan kamu? Dodoi tidurmu? Ingatkah kamu siapa yang bersusah payah untuk membiayai hidupmu? Memberi sesuap nasi untukmu? Bersyukurlah kerana siapa kamu jika tiada ibubapamu?
Kadangkala kita lalai sehigga melupakan tanggungjawab kita kepada mereka. Kadang kala kita lupa untuk mendoakan mereka disetiap akhir solat kita. Seringkali kita membuat mereka terguris hati dengan sikap biadap kita. Tapi mereka sabar untuk kita. Terlalu sabar. Tapi ape balasan kita pada mereka?
Bayangkan jika satu hari, ade seseorang yang menyampaikan berita bahawa kedua orang tua mu sakit tenat and kamu tak sempat memohon ampun daripada mereka. Apa perasaan kamu? Masa tu kamu hanya mampu memeluk jasad kaku mereka. Sudah tiada siapa yang boleh memelukmu. Membelai rambutmu sebagaimana utuh and agungnya kasih seorang ayah dan ibu. Sayang… ingat satu benda, jika kamu menyayangi seseorang, janganlah memujanya dan menyayanginya melebihi sayangmu pada kedua ibubapamu. Siapakah mereka? Orang yang melahirkan kamukah? Orang yang mengandungkan kamukah? Orang yang memberi makan pada kamukah? Tepuk dada tanya hati. =)
P/S : Kata-kata di atas tak lebih kepada peringatan untuk diri aku jugak yang seringkali terleka. Hope entry ni jugak boleh menyedarkan diri kita semua. Siapa kita. Sekian. =)
No comments:
Post a Comment