Friday 21 December 2012

Be Strong SK. ;-(


Assalamualaikum.
Saat ini rasa macam ya ALLAH…tidak dapat nak gambarkan perasaan ini. Terlalu sakit hati,sedih,marah dan kecewa sangat-sangat. Ye, memang aku mengaku saat ini aku terlalu marah. Terlalu. Tuhan je tahu. Sehingga menggigil badan aku,sehingga air mata ni pecah. Pecah kerana rasa ni aku tak mampu lepaskan. Ya ALLAH…waraskanlah aku saat ni. Aku mengharapkan kekuatan dariMu. Aku mengharapkan petunjuk dariMu. Beribu istighfar aku lafazkan tapi kenapa rasa marah ini masih bersarang? Aku manusia biasa yang terlalu lemah imamnya. Andai ini dugaan yang Kau berikan. Aku mohon kekuatan dariMu. Tolong aku. Sabarkanlah aku dengan dugaan ni. Aku tahu Kau bersamaku.

Ya ALLAH…
Kenapa semua ini yang aku dapat setelah aku sanggup berkorban untuk tengok orang lain tersenyum. Ya ALLAH, aku tak ubah seperti melepaskan anjing tersepit. Bukan aku mengharapkan apa-apa dari semua yang aku lakukan. Cukuplah menghargainya. Ya ALLAH, kenapa ada orang yang ketiga dan keempat yang mencampuri semua ni. Mengapa wujudnya manusia batu api, kenapa wujudnya manusia yang tak berhati perut saat aku sedang bahagia. Saat ukhwah kami kukuh. Kenapa? Inikah yang dimakan dugaan untuk hidupku? Inikah ujianMu ya ALLAH? Ya Allah… aku redha andai ini ketentuanMu. Semua ni buat aku makin dekat denganMu.

At TTA with my sweet friend(yang dalam kandang tu). Hewhew :D


Ya Allah…
Tiada apa yang mampu aku katakan saat ini. Memang aku hampir tersungkur dengan manusia-manusia yang tak berhati perut ini. Tapi aku kuat kerana Engkau. Kerana ada Engkau untuk aku. Aku tahu Kau bersamaku. Terima kasih kerana kuatkan kesabaran aku. Terima kasih ya Allah… Biarpun air mata aku sentiasa luruh disebabkan menahan rasa ni. Biarpun badan aku sentiasa menggigil mengingatkan rase ini. Betul apa yang dikatakan lecturer aku saat aku tak kuat. Lebih baik ade kawan ramai daripada seorang diri. Lebih baik seorang diri daripada ade kawan yang memusnahkan hidup kita.

Kadang-kadang memang aku tak kuat bila sorang-sorang. Aku antara girl yang selalu seorang diri. Makan sorang-sorang. Jalan sorang-sorang. Walaupun semua ni menyakitkan tapi aku cuba kuat daripada bersama tapi melukakan hati kita ataupun kita yang melukakan hati orang. Aku dah cuba jadi terbaik untuk semua orang tapi aku tak mampu. Aku terlalu lemah. Aku cuba berkorban untuk tengok manisnya senyummu wahai sahabat tapi semua ni yang aku dapat. Ya Allah… Maafkan kekuranganku ini.

Main makeup-makeup dengan adik. Bhahaha. 
Sayangs…walaupun rapatnya kamu dengan seseorang. Itu bukan kayu ukur untuk kamu menilai sejauh mana kejujurannya denganmu. Sayang…jangan terlalu percaya pada orang walaupun mereka sahabat paling rapatmu. Kadang-kadang musuh adalah lebih baik daripada seorang sahabat kerana musuh sentiasa berkata benar tentang keburukan kamu walaupun ia terlalu menyakitkan. Sedangkan sahabat sentiasa memaniskan muka dihadapan kita sedangkan dibelakang kita Allah sahaja yang tahu segalanya.
Sayang…andai kamu ingin mencari sahabat. Carilah sahabat yang menjaga maruahmu kerana maruahnya juga akan turut terjaga.

Wake up Sharwati Khalid (SK). Jangan jadikan benda bodoh ini penghalang perjalananmu. Kuatkanlah semangatmu sayang. Orang-orang seperti itu hanya ingin menjatuhkanmu sedangkan mereka tidak sedar semua ini membuatkan kamu lebih dekat dengan Allah. Sedangkan mereka tidak sedar semangatmu makin membara-bara. Sedangkan mereka tidak sedar semua ini mematangkan dirimu. Sedangkan mereka tidak sedar ade Allah bersamamu. Come on SK. Beribu sahabat engkau boleh dapatkan daripada mendapat sahabat yang menikam dan memfitnahmu dalam diam. Segalanya akan Allah tunjuk. Berani kerana benar. Selagi ade Allah. Jangan takut untuk mengharungi hidup ini. Hidup matimu keranaNya. Ingat sayang. Ingat familymu lagi berharga. Parents mu sayang. Yang menjaga dan selalu ade untukmu. Jangan biarkan benda seperti ini menghancurkan hati orang yang telah banyak berkorban untukmu. Orang yang sabar mendapat ganjaran daripadaNya. InsyaALLAH.

Hipokritnya hidup kau SK. Dihadapan semua orang kau bahagia tapi hakikatnya perjalananmu penuh duka. Kerana itu kau sentiasa melarikan matamu daripada ditatap manusia yang boleh membaca kedukaan dimatamu. Siapa sangka gadis yang sentiasa periang rupanya sentiasa menangis dalam diam. Gadis yang ingin melihat kegembiraan rupanya hidupnya dikelilingi penderitaan. Ingat sayang…dalam hidup ini, tidak ade siapa yang boleh pengaruhi hidupmu. Tiada siapa yang mampu membuatkan kamu marah. Tiada siapa yang mampu menghalang perjalananmu. Selagi ada Dia. Dia akan menolongmu. Andai dia sahabat sejati, dia akan faham ape yang telah kamu korbankan untuknya. Andai dia sahabat yang baik, dia tidak akan memburukkan dirimu dan fikiran warasnya tidak akan tertutup disebabkan benci dihatinya. Dia sentiasa menilai ape yang telah kau lakukan tanpa membuat tindakan melulu. Sesungguhnya kau ade ALLAH. Dia mendengar doa-doa orang yang teraniaya. So, be strong sayang. :)

No comments:

Post a Comment