Sunday 16 December 2012

Alhamdulillah


Salam dude. :)
Wah! Bajet rajin updated belog je kan? Padahal pemalas. Huhu. Aku nak story sikit pasal malam sabtu hari tu. Kitorang ade Forum Remaja sempena malam memori. Pihak kolej jemput Imam Muda Asyraf dan akak Yatt Hamzah sebagai panel jemputan untuk bincang pasal Hijrah. Memandangkan kak Yatt pun dah bertudung jadi sesuai la kan. Majlis tu memang best even masa tu we all terpaksa mandi hujan disebabkan majlis tu berlangsung di dataran matrik. Terpukau tengok kecantikan kak Yatt bila pakai tudung. Siyes nampak sopan and gojes sangat. Suka. Kak Yatt siap pakai sarung tangan lagi. Memang hijrah yang ketara boleh dilihat dalam diri beliau. Alhamdulillah.

YATT HAMZAH
Masa dia berucap tu, dia sempat lagi mengalunkan salam yang sangat merdu. Memang tak sangka kak Yatt pun boleh menyanyi dan memiliki suara yang merdu. Dengan gaya yang sungguh comel. Nada suara yang lembut. Memang comel sangat tengok telatah dia. Selama ni asyik tonton dalam tv je. Tak tahu pun macam mana sebenarnya YATT HAMZAH ni. Rupanya tersungguhla kiut. Hehe. Keluar air mata dia masa dia menceritakan kisah dia sampai aku pun nangis. Tapi dia pandai buat suasana majlis ceria. Masa dia tengah nangis tu. Dia cakap “Ini bukan skrip tau. Ini betul-betul”. Haha. Semua orang gelak. Dia memang seorang yang ceria and pandai bermain dengan suasana. Masa berucap, dimulutnya selalu je keluar perkataan yang berkaitan ALLAH.
Gojes dan sopan.

Tidak kurang jugak Imam Asyraf yang tersangat lucu dan selamba. Tak habis-habis usik kak Yatt. Ceramahnya yang bersahaja dan padat dengan informasi. Memang gandingan yang mantap. Tapi ade satu benda yang best malam tu bila majlis dah selesai. Kitorang berebut dak bersalam dengan kak Yatt. Memang keadaan tak terkawal. Kesian dia sebab tersepit dengan ramai orang. Then, masa sampai jer aku depan dia, kaki dia dipijak someone. Tapi dia tetap cool and just cakap “kaki saya terpijak” dengan lembut. Dia tetap tersenyum and salam ngan kitorang. Masa sampai turn aku, aku salam ngan dia and then dia usap pipi aku sambil senyum. Siyesly rase macam huh! Sebab ramai-ramai macam tu sempat lagi dia usap pipi aku. Aw! Lena la tidur aku. Haha. Thanks akak. :)
Tuan Tanah.
 Lepas ni mesti dia akan jadi idola muslimah aku. Selama ni aku tak minat pun artis. Kalau ye pun sebab kecantikan or bakat dia je. Kak Yatt lagi la aku tak pandang. Just puji kecantikan dia je. Tapi malam tu aku rase aku kagum dengan peribadi dia. Aku jadikan dia idola dan contoh untuk baiki diri aku. Dia antara artis yang social yang boleh berubah sedrastik tu. That’s why aku respect dia. 

No comments:

Post a Comment