Tuesday 20 August 2013

Sharwati Khalid (SK)

        Assalamualaikum.
I Lettew. ehekkss. gelak ngade-ngade.
Hye...nama penuh saya Nor Sharwati Binti Khalid. Saya lebih suka dikenali sebagai Sharwati Khalid. Ehekkss. (gelak gedik) Act, aku tak berapa nak suka menulis blog membahasakan diri 'saya' sebab macam pelik je. bukan pelik ape. Cuma terlalu formal. Lepas tu mula la aku nak menggedik banyak kali kalau guna ganti diri 'saya'. kalau aku pun macam kasar je. Sebab aku ni jenis mudah sentap bila orang bercakap dengan aku bahasakan dirinya 'áku'. Kalau yang dah biasa tu ok je. Bila kat dunia nyata. aku lebih suka panggil nama and bahasakan diri sendiri dengan nama jugak.

Boleh panggil aku sha. Sharwati. SK. Sharwati Khalid. Aku jenis manusia yang paling tak suka bila orang panggil ti or wati. Benci kau tahu. Kalau dah rasa malas sangat. panggil je sha. Aku tak kisah pun. Wati kan maksud tak elok. Dulu aku pernah pertikaikan kat abah aku kenapa letak nama ada wati. Tapi abah aku cakap nama aku bukan wati tapi SHARWATI. Maksudnya lain. Kawan aku pun cakap benda yang sama. Sebab tu kalau nak ada jugak panggilan wati tu. Mesti panggil aku Sharwati.

Bab-bab nama aku memang sensitif sebab nama kan merupakan satu doa. Bila kita selalu sebut setiap hari. Tu merupakan doa. Kalau tak elok maksudnya. Tak eloklah doanya. Abah aku gigih letak nama aku. Tapi sesenang hati je nak ubah maksudnya. Ayah uolls pun mesti macam tu. berbulan-bulan cari nama terbaik untuk uollls supaya maksudnya jugak terbaik. Alih-alih kau boleh pulak nak ubah sesuka hati. Tak ke gitu jahhh???

Dulu masa kecik-kecik orang selalu panggil aku Sharifah Shawati. Masa tu aku budak-budak lagi. Nama penuh sendiri pun confuse. Then, bila dah besar sikit mula tahu nama penuh sendiri. so, bila ade makcik yang panggil aku macam tu. aku akan cakap yang nama aku takde sharifah kat depan. Sharwati je. Dari situ la mereka tahu. Sebab nama aku kan sama dengan nama pengacara tv tu. Sebab tu ingat nama aku pun ada sharifah jugak. haha. lucu je zaman kanak-kanak dulu.
Harap satu hari nanti Sharwati Khalid pun akan berkilau macam tulisan dalam gambar tu. Hehe :P
Dulu jugak kawan kawan abang aku selalu panggil aku kusha. tak tahu kenapa. thats why la nama emel aku ada quesha. Selain itu,diorang jugak panggil aku kuaf. Yang ni aku tahu kenapa. sebabnya mase hingusan dulu aku antara insan yang tak mampu nak sebut huruf F. Mahu tersembur habis saliva bila nak sebut tu. haha. lucu je. Abang aku jugak selalu je gelakkan aku bila aku sebut huruf R tak berapa nak bunyi macam R. Tapi sekarang aku dah pandai okeyh. Tak caye cuba la test. haha. Peace!!

Berbalik kepada nama. Act,bila orang panggil aku Sharwati Khalid. Aku rasa macam bangga. gah. Entah. Aku pun susah nak explain kat uolls rasa ni. Mungkin aku antara anak yang terlalu appreciate kehadiran ayahnya. Eceece~ Tapi tu la hakikatnya. Aku bangga dilahirkan sebagai anak KHALID. Thats why bila kemana je aku pergi. Aku lebih suka orang kenal aku dengan nama Sharwati Khalid. Kemana-mana pun aku nak sentiasa bawa nama abah aku. Tak mau tinggal pun. Even benda-benda biasa. Sebab tu rasanya beza bila orang panggil aku Sharwati Khalid berbanding Sharwati. Signature aku pun aku letakkan jugak nama abah aku even just a capital 'K'. But,it is important for me. Mungkin kau boleh cari beribu malah berjuta nama Sharwati tapi kalau Sharwati Khalid hanya satu je. InsyaALLAH. hehe. :P I think. Thats all for today. Thank you. Haha. Macam present English je. Pesanan dari penaja. Rajin-rajinlah panggil aku Sharwati Khalid. Haha. gud nite pretty and handsome. :)

No comments:

Post a Comment