Friday 29 November 2013

Menentukan Masa Depan.

Assalamualaikum:)

Miss me? Nop? Owh..okey. :( sampai hati tau. Dakpe dakpe. Kita majok! Haha…mesti rasa nak lempang ngan kaki jer budak ni kan? Ngade tak habis. Btw, aku dah masuk last sem dekat matrik ni. Tak sabar nak keluar. Mesti nanti rindu orang dekat Penang ni. Hope lepas ni aku dah tak sambung dekat Penang ni lagi. Bukan ape, kan Penang dah kenal so nak kenal la negeri lain pulak kan. Lagipun aku dengan Penang ni tak boleh nak kamcing la. Kita memang tak serasi nak bersama. *sila lempang lagi sekali* ape kau ingat Penang dengan kau tu macam skandal teruna dengan janda anak sepuluh ker? Nak serasi laa sangat. Umm…act, aku maksudkan yang aku memang tak mampu nak hidup dekat Penang ni. Tak kena dengan jiwa aku. Tapi orang Penang sebenarnya semua ok. Apa-apapun Dia dah tetapkan yang terbaik.

On my way ke Johor.
Sabtu hari tu aku ada MUET. Alhamdulillah dah beres. Hope dapat result yang elok. Tak mau repeat2 ke pe benda lagi. Harap sangat. Malas nak fikir dahh. 10hb ni keluar result untuk final hari tu. Takut sangat tapi tu la kan. “what u give u can get back”. Bila pikir kalau dah usaha kau sikit,takut pun tak de guna. Masa tak usaha tu tak reti nak takut? Tu la antara benda yang buat aku tahan daripada menangis semasa menerima kegagalan. Takde guna nak menyesal. Pandang ke depan dan mulakan yang baru. Aku dah cuba yang terbaik. Harap dapat setimpal dengan apa yang aku korbankan. Kalau dapat lebih sikit tu apa salahnya kan. Hehe. Tu namanya Dia bagi rezeki lebih. tapi aku bukan jenis kaki studi. dari dulu sampai sekarang. perangai tak ubah-ubah.

Bila dah last sem ni kan mesti nak kena fikir universiti apa untuk kita pilih. Course apa yang kita nak mintak nanti. Yang sesuai dengan pencapaian kita. Dengan minat kita. Semua kawan-kawan aku dah ada impian masing-masing. Nak jadi tu la ni la. Tapi aku? Hmm…hampehhh. Dah la aku jenis manusia yang paling benci nak isi borong ker apa benda walaupun seciput tu je pun kan. Tak macam menulis blog kan. Menulis blog kena panjang berjela. Tapi rajin pulak kau. Haa! Tu la Sharwati Khalid. Dia memang macam tu. Dah la malas nak isi borang lepastu kos apa pulak yang dia nak isi pun dia tak tahu. Haii..elok kau lempang kali ketiga je budak ni. Bagi dia sedar sikit. Haha. Masa ni kau tak payah nak lempang aku la. Sebab before kau lempang aku. Abah aku dah lempang siap-siap. Sebabnya aku terbayang dialog ni nanti.

AKU   : Abah, kak ingat nanti nak ambik fashion jela. Buleh?
ABAH : tak payah nak ambik kos mengarut la. Kau ingat boleh jamin masa depan? Tak kemananya kalau kau ambik fashion.
AKU   : ala…kalau kak ambik bisnes? Ok tak? *sambil kelip-kelipkan mata macam               kucing*
ABAH : Kepala Hotak kau! Kau tak belajar tinggi-tinggi pun kau boleh bukak bisnes. Asal ada modal je.Nak dapatkan modal tu kena kerja dulu. Lepastu buatla bisnes sampingan.
AKU   : ala,lepastu?
ABAH : kan ambik sains? Apa guna belajar kalau tak nak kerja dalam bidang                     sains? Semua orang takut nak ambik bidang sains.
AKU   : haa! Tu la masalah kak. Sebab tu kak tak mau. Bolehla abah…fashion ea?Kak minat dok oh(gila-gila) fashion ni. Takpe…Nanti isi borang kak isi Fashion ok?
ABAH : kau jangan harap! (Pangggggggg!!!) *tergamam dilempang abah*

Kang aku dah cakap. Belum kau lempang aku abah aku dah lempang awal-awal dalam ilusi aku. Aisshh… sebab teringat benda tu aku jadi takut nak suarakan hati aku ni yang aku rasa nak ceburi bidang fesyen tu. Bila fikir memang betul abah cakap. Tapi abah aku bukan sekejam dalam dialog tu. Dia baik sebenarnya. Cakap pun bukan kau kau macam tu. tak pernah pun sebut kepala hotak kau gituuuw. kasar nak mampus dialog kau. kalau nak tipu pun agak-agak lar. haha.Btw,aku minat jugak bidang peragaan. Nampaknya aku terpaksa ikut flow la kan. Sekarang ni aku mampu berdoa supaya Dia bagi terbaik. Bukankah Dia itu perancang terbaik? So malas nak fikir sangat. Cuma aku nak sangat buat benda aku minat sebab aku ni manusia yang mudah bosan dengan sesuatu benda. So kalau dah yang minat pun kadang-kadang aku mampu rasa bosan usahkan yang tak minat. Aku suka tengk benda-benda yang cantik. Bukan aku je. Semua perempuan macam tu. Kalau kerja dalam bidang sains nampak apa ye nanti? Yang cantik-cantik ada ke? Tapi apa? Bacteria? Gigi patient? Atau bangunan berceracak? Hmm..entahla labu… kalau macam ni lah kau nanti macam mana la masa depan kau.

Tapi sape takde impian kan. Semua orang ada. Aku pun ada tapi biarlah impian tu menjadi rahsia hati dulu selagi impian tu tak tergapai. Aku jenis macam tu sebab takut. Cakap bukan main la kan tapi esok-esok hampehh. So simpan jela dulu. InsyaALLAH jika dia perkenankan. Doakan supaya Allah lorongkan pilihan yang betul untuk aku buat keputusan yang menentukan masa depan aku sendiri. Amin.

No comments:

Post a Comment