Saturday 7 December 2013

Kebosanan | Entry Bergambar yang Over

Assalamualaikum.

Diminta kepada semua sila tadah baldi besen siap-siap untuk persediaan kalau muntah ijau ker or kau nyampah tengok gambar aku yang over banyaknya. Act, aku bosan kat bilik ni. kan roommate aku selalu balik. sob3. apakan daya diriku ini hanyalah sebatang kara dinegeri orang. cepatlah habis semester ni.... aku tak sabar dah nak berambus dari penang ni. Walaupun sekarang orang semua pergi pesta Penang tapi aku terkecuali. aku tak minat hang out sampai lewat malam or terpaksa overnight. owh. saya masih memikirkan parents saya di kampung. saya taknak ambik risiko jika berlaku apa-apa nanti. sebab saya sedar saya student. semua masih bergantung dengan ibubapa (ganti diri yang baik sebab bajet baik masa taip ayat ni)

haha. ambik kau. baru tahu macam mana kalau aku bosan. kalau boleh nk penuhkan memory 8GB tu terus.  haha.
macam macam aku fikir. antaranya aku takut bila keluar dengan kawan ramai-ramai untuk pergi mana-mana sampai lewat malam sebab aku selalu fikir bila nak keluar tu mesti nak bersukaria. memang boleh tapi orang tua selalu pesan. dalam kita bersuka ria pasti kita akan menangis. bukan tak boleh nak happy tapi control yourself. ingat benda yang akan berlaku untuk masa akan datang. yela takkan hidup kau nak asyik bermuram durja je kan. sesekali kena la release tension. lagipun sejujurnya aku tak berapa harap bila 'perempuan' bawak kereta sebab biasanya kaum ni sedikit cuai. 'perempuan' tu means sesetengah jela. not all. then bila dah outing tu mesti kau sewa kereta kan. takkan kau nak jalan kaki kan.

contoh la kereta tu calar ke accident ker even benda tu sikit tapi nanti kena bayar mahal kat tuan dia. kawan aku pernah jadi macam tu. bila keluar pulak mesti duit kau habis untuk makan dengan kawan-kawan. yela mesti berhenti banyak tempat. makan pulak kalau tempat mahal-mahal lagila kau. tempat murah pun kalau berhenti banyak kali kena keluarkan banyak duit jugak kan. pastu kau nak beli tu beli ni. kalau pergi pesta pulak of course kau nak cuba apa yang ada. bayar lagi. tapi mungkin kau puas. bila kau balik kolej dapat release tension kau tapi duit kau dah habis berbelanja. tension lain pulak yang datang. kau balik pun semua yang kau makan dah jadi tahi. yang mahal bagai apa tu. for me macam nothing. for me la kan. kau lain aku lain.

jengjeng! ada lagi. haha. sabar ye. dia memang macam ni.
suka selfie.
aku ni jenis manusia kedekut duit kalau bab makan. aku tak memilih asalkan murah dan sedap. berlambak kau boleh dapat makanan yang murah lagi sedap. makanan mahal belum tentu sedap. kalau mahal tapi sedap aku bolehla cakap ok. mana tahu bila aku jadi kaya nanti aku boleh hari-hari makan kalau sedap. ni hampeh. contoh macam nando's. macam mahal bodoh je. tu tekak aku la. aku tak suka Nando's. bagi aku sapa yang makan Nando's macam membazir duit je. aku rasa ayam tepi jalan lagi sedap kot. sapa yang pergi makan tu mungkin kau rasa. owh. restoran mahal. branded. gah. walaupun rasa hampeh. kau makan jugak. sebab dia restoran mahal. bagi aku sama macam membuang duit sendiri. memberi keuntungan yang entah apa-apa dekat restoran tu. lain la kau rasa benda tu sedap. tu ikut suka hati kau la kan. dah tu duit kau bukan duit aku. aku cakap ni kalau duit aku. haha

ok teruskan. satu lagi. aku bukan tak mahu ikut perkembangan pergi pesta penang la. sunshine la. aku cuma tak suka duit aku habis tapi bendanya tak nampak. sebab tu aku lebih suka beli baju or etc yang tahan lama dan boleh kau nampak hasil duit kau tu. Aku selalu pujuk diri sendiri bila nak makan apa-apa. sabar. kau makan nasi sepinggan konpem kau dah tak nak benda yang kau ngidam tu. ala kau makan mahal pun last-last jadi tahi jugak. membazir je. makan jela benda murah asalkan sedap. kau boleh telan dan kenyang. 


memujuk diri macam tu sebab aku ni student. kalau aku ni kaya sah-sah aku makn je apa yang aku nak makan. lagi satu aku perlu pujuk diri macam tu supaya aku boleh belajar guna duit tu dengan baik(walaupun hakikatnya aku sanggup korbankan makan aku semata-mata nak shopping. like i said before. kau makan pun nanti jadi tahi jugak. makn benda biasa pun dah ok) haa! macam tu ye. kau mesti tak macam tu. so kau tak boleh macam aku. bukankah aku ni manusia yang pelik? so memang patutla aku ada fikiran macam tu. kadang-kadang kita kena jugak belajar bersusah walaupun kau kaya sampai makan tujuh keturunan pun tak habis. tapi tu mungkin harta mak ayah kau. walaupun kau akan mewarisinya ke ape atau kau memang dah kaya dah pun. tapi kita tak tahu setiap perancangan ALLAH ni. kadang-kadang kita diatas. kadang-kadang kita dibawah. ala...macam main enjit-enjit semut tu. enjit-enjit semut sape sakit naik atas. tapi lama-lama kau akan duk bawah balik. masa budak-budak main macam hampeh je kan. haha. tapi dah dasar kau budak masa tu. kau layan jugak kan.


P/S : tajuk entry bergambar tapi menulis dah sama banyak dengan gambar dah ni. yeaahh! because i feel like blogging much much. 

No comments:

Post a Comment