Tuesday 7 January 2014

Review : New York Skin Solution

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah. setelah tiga minggu tertangguh akhirnya hari ni ada kesempatan untuk berstory tentang New York Skin Solution (NYSS). rasenya semua orang tahu kewujudan nama besar dalam dunia kecantikan ni kan. Selain NYSS. Yun Nam Hair Care dan London Weight Management jugak antara pesaingnya. tak silap aku dulu NYSS ada ditayangkan di TV3. yang dihoskan oleh Dynas. Dulu masa jadi budak sekolah hanya mampu tonton dalam tibi je kan. tak pernah termimpi pun nak jejak kaki kat pusat pakar kulit terkemuka ni. angan-angan memang takde sebab sedar diri. kihkih
Camera 360 yang tak boleh disangkal lagi. Kau pakai 360 pun parut tetap nampak. hampeh  -'.-
Bila dah makin meningkat dewasa ni. hormon dah lain. mula nak melawa. bercantik-cantik. kalau boleh semua nak cantik. mula pakai tu pakai ni semata-mata untuk cantik. tak terkecuali untuk aku. disebabkan suka mencuba benda baru dan perasaan ingin tahu terlalu kuat. akhirnya aku survey jugak website NYSS ni. kenapa aku tak pilih website tentang benda lain? sebabnya aku ni ada masalah parut didagu yang dah 14tahun. parut accident. dah lama dan susah sangat nak rawat. dulu masa kecik tak kisah semua tu tapi bila dah besar jadi malu dan less confident bila nak berdepan dengan orang. jujur aku cakap. thats why aku gigih berusaha untuk menghilangkannya. tapi tak mampu. tskk.
saya ditemani dia untuk appointment bersama pakar kulit.
si Aimi Naufal. kesian dia tunggu saya 3jam. mujur dia jumpa geng.
Kau cakap kat aku dermatix ker, hiruscar ke ape semua tak mampu menghilangkan parut aku ni. susah sangat sebab parut yang dah berabad. takpe yang penting aku usaha. salah satu usahanya bila aku daftar sebagai trial customer for free treatment at NYSS. view tu pun masa cuti sem hari tu. sebab 24jam online, tak tahu nak buat ape. tangan ni gatal masuk website NYSS. Bila dah masuk matrik balik memang tak ingat pun yang aku pernah daftar kat NYSS tu. teringat pun bila 3 minggu after cuti tu sorang amoi from NYSS call tetapkan tarikh appointment. 14/12/13. before tu aku dah tanya semua sama ada treatment tu betul-betul free ke tak. yela kan aku student mana ada duit nak bayar beriban kalau tiba-tiba dia mintak.

Posing dengan gembira dihadapan salah satu cawangan NYSS.
Seminggu before appointment aku minta pendapat orang terdekat. patut tak aku pergi appointment tu sebab aku search internet tentang feedback customer yang dah pernah pergi sangatlah menghampakan. lagi mengdownkan aku untuk pergi bila semua orang tak sokong aku. semua tak bagi pergi sebab diorang cakap bla...bla...bla. memang banyak buruknya. satu pun takde baik. yes! memang aku ada baca yang NYSS dan pakar terkemuka seumpamanya menggunakan kaedah paksa untuk mengaut untung. mula-mula pujuk lepas tu paksa-paksa. sambil cakap something yang tak sepatutnya. aku mula takut sebab aku ni jenis mudah lemah sikit. kadang-kadang jela.

Disebabkan perasaan muda ni bergelodak nak pergi tapi takde sorang pun sokong. aku ambik keputusan hantar emel kepada pihak NYSS. aku mintak maaf kat pihak NYSS sebab terpaksa berbohong. aku menyamar jadi orang lain semata-mata nak tanya sendiri betul ke apa yang aku baca melalui blog-blog tentang keburukan NYSS. aku seorang yang straight to the point. aku tanya je apa dalam kepalahotak ni sebab aku tak suka la dengar dari mulut orang ni kan. pihak NYSS ada reply emel tu berserta syarat yang aku tak boleh membongkarkan kandungan emel tu. pihak NYSS call aku dan cakap sopan je. xpe. mungkin taktik diorang tarik customer kan.
no filter. yang ni tanpa camera360. tapi ada make up.
mula-mula sampai untuk scan kulit.
Bila dah rasa ada keyakinan tu. aku rasa kuat untuk treatment tu. dah niat walau macam mana pun nak jugak rasa pengalaman dengan pakar kulit terkemuka tu. sebab yang aku fikir yang buat aku berani : -
  • this is free treatment with pakar terkenal
  • nak rasai pengalaman like rich woman
  • nak mencuba benda baru dan perasaan ingin tahu tu kuat
  • sebab aku ni student. kalau dipaksa macam mana pun. kalau aku takde duit aku tak mampu bayar jugak.
Aku dah berazam yang aku takkan keluar sesen pun duit bila keluar NYSS tu. aku mula susun ayat terbaik untuk diberi kepada staff NYSS jika mereka paksa aku ambik pakej treatment seterusnya. macam-macam dalam kepala ni. aku reka berdasarkan pengalaman pembaca blog yang menceritakan segala paksaan NYSS.

Tiba la 14hb. berdebar dan takut terima nasib sama seperti blogger yang menceritakan kisahnya bersama NYSS. appointment aku dekat Jusco Bukit Mertajam. Masuk je dilayan dengan baik. yang penting semua staff amoi berkulit sangat flawless. lawa. nama pun kerja dekat NYSS. takkan nak kulit berkerutu kan. lari customer pulak. dari hari baca melalui blog tentang keburukan NYSS sampai la hari appointment. aku hanya dikuasai minda negatif tentang NYSS. takde satu pun elok. um...before treatment dia mintak aku mengisi borang tentang diri aku. then dibawa ke satu bilik untuk check aku punya kulit. sambil-sambil tu staff NYSS ada tanya aku pasal elaun aku dan semua berkaitan dengan duit. dalam kepala aku masa tu dah mula mengiakan apa yang tertulis dalam blog yang aku baca.

Dalam bilik menunggu untuk treatment dilakukan.
dah bukak shawl tiba-tiba teringat nak snap. tu yang jadi macam serabut. hee
Dia bawak aku ke satu bilik lain untuk sesi treatment. 3 jam treatment. memang lama. tapi apalah sangat bila diri dibelai persis orang kaya kan. tak terasa pun masa tu. heaven gila. first time in my life aku rasa puas hati sangat dengan rawatan kulit. superb. dia letak lapis demi lapis krim. macam-macam. mask pun dah 2x. buang black and whitehead. letak vit E. collagen. yes! set lengkap kecantikan kulit. 3 jam kan. yang penting bau tu sangat wangi. semua produknya menyerap sampai kulit. sejuk. tangan kakak amoi tu pun lembut membelai kulit muka. i like it! memang best bak hangg. rasa tak nyesal aku ikut keras kepala aku untuk jejak jugak kaki kat NYSS ni walaupun dilarang. si amoi tu cakap kulit aku putih. puji cantik la macam-macam. fikir aku mungkin itu cara nak membeli hati customer untuk sesi paksaan sekejap lagi. sabarla wahai hati.
Alatan semasa proses treatment dijalankan.
Selesai treatment, aku dibawa ke bilik untuk scan kulit sekali lagi. dia tunjuk gambar before and after treatment. memang nampak perubahannya. NYSS memang terbaik dalam bab treatment. aku menunggu untuk sesi paksaan seperti yang terjadi kepada customer dalam blog tu. aku dah bersedia dengan ayat aku. staff amoi cakap kulit aku takde masalah cuma less collagen. masalah parut pihak NYSS pun tak mampu buat ape-ape. see! betapa babilnya parut ni. pakar sendiri pun tak mampu ubatnya.

Staff amoi ni pun sama asyik puji-puji kulit aku. tanya aku adakah aku ni ada darah cina? haha. pujian tu tak tersentuh pun hati ni sebab aku fikir itu taktik untuk beli hati aku untuk kesekian kalinya. staff lain pula masuk tanya aku nak pakej yang mana. kalau student kena bayar sebagai ahli RM500. Omg! elaun aku pun tak sampai banyak tu sebulan. itu baru ahli. terus geleng kepala dengan berkata sesopan mungkin. "sorry miss. I kena inform my parents dulu. I datang sini pun diorang tak tahu. nanti I discuss with my parents dulu ye". She just said "ok".  

Dia terus keluar dan ambik trial set produk NYSS. ajar cara-cara nak pakai produk tu. aku tak mampu nak fokus sebab blurr dengan apa yang berlaku. mana paksaan tu? mana ayat-ayat memujuk?
mana ayat-ayat kasar? aku tertunggu tapi takde pun. something yang kita fikirkan tak berlaku rasa macam blur je. biar betikk. takkanla diorang tak paksa aku. rasa macam nak menjerit-jerit je. tolongla paksa aku! tolongla paksa aku! aku dah seminggu bersedia dengan berdas-das peluru dah ni. last-last macam ni jadinya.

alahai...balik dengan hampa plus happy. aihh! kenapa pulak kau. yela aku baru semangat nak sembur pihak NYSS if diorang paksa aku and aku nak keluarkan ayat macam ni "FYI, saya yang menyamar hantar emel dekat NYSS hari tu. ooo..macam ni ye layanannye. dalam emel tu korang cakap tak layan saya macam ni tapi tengok sekarang apa korang buat. macam ni ke servis pakar terkemuka? main paksa-paksa?" haa! tu dia kau. jangan main dengan aku. last-last ayat tu tak keluar pun sebab NYSS layan aku elok. aku happy sangat dapat rasai pengalaman superb ni. tak nyesal langsung. treatment high class. korang memang patut pergi. rasai sendiri. kepada pihak NYSS aku mohon maaf. mungkin aku tak dipaksa disebabkan skin aku tiada problem kronik. Alhamdulillah.

sape yang nak dapat free trial treatment tu aku ingatkan supaya korang kena bersedia mental dan fizikal. Pesanan aku :-
  • korang mesti tak mudah terpujuk dengan pujukan. tapi kalau memang korang nak further for second treatment takde hal kalau korang terpujuk pun.
  • korang yang banyak duit beringat sikit sebab kalau aku. if aku banyak duit. for sure aku mudah terpujuk untuk treatment seterusnya sebab lumrah perempuan kalau bab kecantikan memang nombor 1. aku sendiri pun macam tu.
  • kuatkan mental sebab bila muka korang ada masalah kronik. memang diorang akan paksa kaw-kaw. sambil cakap benda yang memalukan korang dan buat korang termakan pujukan mereka. ( ini berdasarkan blog yang aku baca)
  • bawa suami atau orang yang boleh bertegas jika korang tetap dengan keputusan korang tak mahu melakukan dan bayar untuk treatment seterusnya.
Apa yang aku nak cakap hari ni dan apa yang boleh aku ambik daripada apa yang aku hadapi ni...um.. kita perlu rasai dulu pengalaman tu. nasib kita takkan sama dengan orang lain. mungkin dia macam tu tapi kita tak semestinya akan jadi macam tu. mungkin muka kita menyejukkan hati orang lain untuk tidak berlaku kejam. ihikk. yang penting harapkan bantuan ALLAH. sama macam aku nak masuk matrik. semua orang tak bagi. cakap susah la..bla..bla. kau reti cakap je. pernah masuk matrik ke? kadang-kadang benda ni dari mulut ke mulut. bila sorang cakap buruk. semua cakap buruk. macam aku cakap. nasib kita kita yang tentukan. jangan takut nak hadapi jika kamu berada dijalan yang betul.

product free yang aku dapat. apa yang penting produk ni takde buih pun.
tahukah anda jika tidak mengandungi buih merupakan produk yang baik untuk kulit?
Tadaa!! ni muka tanpa makeup dan tanpa camera360. lawa sangat kulit
selepas treatment. TQSM NYSS. Terbaiiikk ahh!
Kedua, berdasarkan apa yang aku cerita. korang boleh nampak betapa negatifnya pemikiran aku sampai setiap perlakuan pihak NYSS aku anggap sebagai ingin membeli hati customer. semua benda yang mereka cakapkan terus sampai kepada fikiran buruk. thats meant "if you always focus on negative,you will never see the positive" padahal diorang sebenarnya ok. takde pun macam korang fikir. lumrah manusia terlalu percaya cakap orang sebelum kita rasai benda yang sebenar. yes! mungkin betul buruk yang dirasai customer lain. tapi macam aku cakap nasib masing-masing. yang penting kau hargai peluang tu. kalau rasa benda tu buruk bagi orang lain. korang kena bersedia supaya benda tu tak buruk untuk korang. orait sayangku?

Btw, aku hanya kongsikan apa yang aku lalui. takde kena mengena dengan sapa-sapa. hanya sekadar peringatan untuk diri sendiri supaya sentiasa berfikiran positif. berfikiran positif tu kunci kebahagiaan dan petua awet muda. entri paling panjang sebab tu lambat nak update. tunggu masa sesuai. alhamdulillah. akhirmyaaa...

Apa-apa masalah atau ingin tahu lebih lanjut tentang NYSS boleh berhubung melalui website ini.
Website : New York Skin Solution

23 comments:

  1. okay tk lepas 1st trial tuh ? sy ada baca byk review y komen negatif terus jadi risau sbb sy dh setkn treatment utk pakej stdnt 5x skali dgn set product RM950 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mahal sis. 1st trial tu ok je sis. best la untuk yg nk mcuba mcm sy. sy mmg xde niat nk teruskn treatment pun. sb dah berhati2 sblm pergi. tu la...kita kena search info btl2 dgn syrkt bsr cmni kn. dy ada skill mcm mna nk bg kita tertarik

      Delete
  2. Saya pun ada bad experience dgn nyss ni...bg saya u x dipaksa2 sbb dia tau u student. Kalau u dah kerja dan kerja pun ok...mmg dia try the best utk.pujuk u. Mcm yg I dah kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis. saya rasa sis patut hati2. kita perempuan ni mudah sangat tergoda dgn bnda2 cantik. tambah2 ada duit. masa sy pergi pun dah tekad betul2 xnk further treatment tu. hya nk yg free trial tu je. nk thu sb pakar sendiri pun xmmpu hlgkn mslh parut. so diorg xblh nk jnjikan apa2 kt sy. tu jd xmmpu nk pksa sy.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ada side effect tak lepas treatment tu? sbb sy penah pergi free treatment then muka x berjerawat terus penuh naik jerawat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde sis. mungkin muka sis xsesuai kot. kadang-kadang tu sesetengah produk dia akn kluarkan dulu semua kekotoran kat muka. then ok. depends la. mungkin tak sesuai la tu kot :)

      Delete
  5. tgh survey gak ni nak g nyss pasal masalah lebam bawah mata teruk sgt ni..kena ckp studnt jgk la baru diorg x paksa2 kan..harap dapat nice experience jgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. sis kena pandai la cakap la. kena kuat kan hati supaya tak mudah tergoda. hihi :)

      Delete
  6. sis. mksdnya kalau dpt free trial for 3 hours tu kita tetap kena bayar rm500 ke? even student?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takla. trial 3 hours tu takyah bayar langsung. tu untuk sambung treatment untuk lain kali

      Delete
    2. kalau kita cakap kita nk g next trisl and nyss buat appoinment, n tetibe kita cancel..nyss marah x ?or kita dikenakan apa2 tindakan?

      Delete
  7. kalau pegi rawatan tu mmg tkde effect pape ke? takot jgk lpas pegi tu muka jadi lagi terok.

    ReplyDelete
  8. Sy pon dpt free trial jugak..tp minggu dpn. .
    Nk rse jugak pengalaman mcm ne kan..
    Pegi dlu br tau kan..mmg byk blog ckp nnt kena pkse2...tp xcube xtau..hehehe

    ReplyDelete
  9. THIS WEEK I WIIL GO TRY ,sye bekas beautician saye taw mcm mana nak berhadapan dgn mereka,sye pun nak try jugak,tapi sye suka dgn product yg baik .

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. mcm dh terkena dh ni...br je blan lpas...dh btar deposit tuk book package...klau x truskan x pe ke ye

    ReplyDelete
  12. mcm dh terkena dh ni...br je blan lpas...dh btar deposit tuk book package...klau x truskan x pe ke ye

    ReplyDelete
  13. Sy pun baru lpas treatment nyss..mmg sy dh tnya siap2 free ke....so diorg kata free..so sy truskan treatment tu...mmg best sgt.....lps treatment consultant tu bw g bilik dia n soh ambih pakage diorg....adoi puas sy tepis sbb mmg mhal sgt pakage dia wlupun sy bekerja....dia mmg paksa sy ambik shingga ke pakage yg paling murah rm1700 tp bg sy tetap mhal.....mcm2 alasan sy bg....dia tetap pujuk lg adoi...stress jugak nk tepis....kalu adik ni dpt free gift lg okla.....akak mmg xda free gift...lastly dia suggest akak amik yg rawat dirumah rm300++...tetap akak xnak.....geram jugak sbb mmg diorg mcm paksa soh ambik jugak mcmna pun....smpai dh xtau nk tepis...lastly I gtau dia u faham ke x I xda duit skang......selamat duit sy.....

    ReplyDelete
  14. Sy pun baru lpas treatment nyss..mmg sy dh tnya siap2 free ke....so diorg kata free..so sy truskan treatment tu...mmg best sgt.....lps treatment consultant tu bw g bilik dia n soh ambih pakage diorg....adoi puas sy tepis sbb mmg mhal sgt pakage dia wlupun sy bekerja....dia mmg paksa sy ambik shingga ke pakage yg paling murah rm1700 tp bg sy tetap mhal.....mcm2 alasan sy bg....dia tetap pujuk lg adoi...stress jugak nk tepis....kalu adik ni dpt free gift lg okla.....akak mmg xda free gift...lastly dia suggest akak amik yg rawat dirumah rm300++...tetap akak xnak.....geram jugak sbb mmg diorg mcm paksa soh ambik jugak mcmna pun....smpai dh xtau nk tepis...lastly I gtau dia u faham ke x I xda duit skang......selamat duit sy.....

    ReplyDelete
  15. Hi sis klu buat free treatment ni ,mmg free ke?

    ReplyDelete
  16. sy pun dah cuba free treatment NYSS ni. Bagus. produk yg dpt pun bagus. sesuai dgn kulit sy. cuma xdptkan nak teruskan dgn sesi rawatan pasal mahal sgt. tak mampu. bab pujuk memujuk diaorg tu mmg kena la tapi pandai2 la mengelak kan.

    ReplyDelete
  17. Saya pun dpt free trial.. nk g tk nak? Hahaha
    Takut dikenakan bayaran lah sebab ada baca kat web lain dia mintak byran smpai rm500 kowwtt���� ,, mohon penerangan..

    ReplyDelete