Friday 3 January 2014

Welcome 2014!

                                                             Assalamualaikum :)

Happy New Year to all. rasenya masih sempatkan wish tahun baru sebab hari ni kan baru hari ketiga tahun baru. wah. lame sungguh sudah kita tak bersua ye blog. rindu sangat. bukan tak ingat tapi tenet terlalu slow. rasa macam erggghhh! je. tapi sabar. sabar itu kan indah. sebab sabar la hari ni sanggup tunggu. last-last ada peluang jugak update belog ni. yeayy!

Alhamdulillah jugak sebab masih mampu bernafas dan merasai tahun 2014 ni. diberi rezeki yang melimpah ruah sepanjang 19tahun5bulan11hari aku hidup dibumi ALLAH ni. syukur sangat dengan kasih sayangnya aku mampu menyedut udara yang dipinjamkan Dia ni. haru kalau oksigen ni kena bayar setiap kali kita bernafas kan. mujur free. Alhamdulillah sekali lagi.

tahun-tahun lepas banyak memberi pengajaran kepada aku. jatuh bangun dalam kehidupan. syukur sebab masih mampu bangkit hari ni. meneruskan sisa hidup. hidup ini cukup indah dengan warna-warni dan rencah dalam setiap perjalanan. tidak terlalu banyak perubahan. cukupla aku katakan yang hidup semakin matang selaras dengan usia. makin ingin mengejar kejayaan dalam hidup. makin tahu tanggungjawab.

masuk tahun baru semua orang mesti ada azam yang hendak dicapai masing-masing. aku tak terkecuali. azam aku biasa je. takde tinggi macam orang lain. aku cuma berharap supaya tahun ni hubungan aku dengan ALLAH, dengan parents aku, siblings dan sesama manusia makin baik. bertambah erat. sesungguhnya perubahan tu perlu sedikit demi sedikit. aku tak mampu nak berubah secra drastik. cukupla nawaitu kita itu betul. belajar dari masa silam. sebab pengalaman itu mematangkan kita. InsyaALLAH dengan izinNya.

setiap entry tidak lengkap jika tiada gambarnya.
aku sentiasa bersama parut di dagu+eyebag. sleeping disorder. parut yg dah 14thun.
tak mampu hilang lagi. tskk :(
selain tu aku jugak berharap supaya tahun ni rezeki makin melimpah ruah. makin bertambah kejayaan dan impian kecik atau besar yang aku impikan semoga tercapai. Amin. yang penting dan penting sangat-sangat supaya Allah tu panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik kepada parents aku. aku ingin mereka merasai hasil titik peluh aku suatu hari nanti. InsyaALLAH. tak lupa juga kepada insan-insan tersayang dalam hidup aku. supaya dilindungiNya.

Bila orang yang kita sayang sakit. kita pun turut sakit sama kan. tu pentingnya kebahagiaan sayang-sayang aku. terlalu bermakna. kadang-kadang kita sanggup berkorban untuk tengok sinar kebahagiaan diwajah mereka. mereka pun pernah berkorban untuk kita. terlalu bermakna mereka dalam hidup ini. hmm..kalau nak dikira azam dan harapan aku terlalu banyak. 10hari 10malam pun belum tentu sudah kalau hendak dimuatkan semua. biarlah itu semua antara aku dengan Dia. nanti tak pasal-pasal ada orang yang gelakkan aku bila tahu harapan dan azam aku tu. kihkih

Btw, semoga tahun ini berlalu dengan sesuatu yang berharga dan indah. semoga lagi baik berbanding tahun-tahun jaafar tonggek yang lepas (opss! tersedak encik jaafar nanti kang) pandang kedepan tapi jangan lupa sesekali tu toleh jugak kebelakang sebab kita sebagai insan ni sentiasa lupa. alpa dengan masa lalu. tanpa sedar kita mengulanginya. semoga yang buruk itu dijadikan pengajaran untuk push kita kehadapan. jangan pula semakin melumpuhkan kita. kamu adalah apa yang kamu lakukan hari ini. ingat tu sayang. kamu mampu! chaiyokk! (padahal bagi semangat untuk diri sendiri ni. sebab rasa macam tak cukup semangat dah ni)

P/S : Dah banyak minggu aku tangguhkan nak update pasal New York Skin Solution tu. tapi tak sempat lagi. nanti la ye. umm.. 4hb ni bornday abah, apa surprise yang perlu aku buat? any suggestion?




No comments:

Post a Comment